SK Danau Kota terus mencatat keputusan gemilang di dalam 2 pertandingan iaitu Kejohanan Ragbi MSSWPKL dan Pertandingan Bola Tampar Zon Keramat tahun 2013.
Dalam Pertandingan Bola Tampar Zon Keramat SKDK ternyata bukan tandingan apabila mudah menumpaskan lawan dari sekolah zon keramat.Pasukan yang dibimbing oleh Jurulatih En. Mohd Faizal Nordin berjaya memenangi semua perlawanan sebelum dinobatkan selaku Juara dan mewakili zon keramat ke Peringkat Negeri.
Dalam pertandingan ragbi pula, SK Danau Kota sekali lagi cemerlang menumpaskan semua lawan mereka tanpa melepaskan sebarang try kepada pihak lawan.Jurulatih En Mohd Rizal Hadi Rusly ternyata berjaya menerapkan strategi yang ampuh serta taktikal yang mantap.Lebih manis lagi pemain SKDK, Ahmad Daniel berjaya menjadi pemain terbaik kejohanan.
Syabas SKDK
0 comments:
Post a Comment